March 4, 2016

Dua rumah, pusat tahfiz hangus


PUSAT pengajian tahfiz al-Quran yang terbakar di Kampung Sri Pandan, Putatan, pagi tadi. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli 

Putatan: Dua rumah termasuk sebuah struktur bangunan dua tingkat yang dijadikan pusat pengajian tahfiz al-Quran musnah dalam kebakaran di Kampung Sri Pandan, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian jam 8.40 pagi itu dipercayai bermula dari pusat pengajian tahfiz berkenaan sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Akramin Sakirun berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.50 pagi.

"Sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi memadam dan menyelamat.

" Berdasarkan maklumat awal, kebakaran membabitkan dua rumah termasuk sebuah tahfiz dan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak kira-kira jam 9.50 pagi, " katanya.

myMetro 4 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment