March 18, 2016

Dua pekerja Bangladesh parah

DUA buruh warga Bangladesh cedera parah apabila sebahagian struktur bangunan kilang yang dalam pembinaan runtuh di Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini. FOTO Ramdzan Masiam

Bayan Lepas: Dua pekerja warga Bangladesh parah selepas dihempap struktur bangunan kilang yang masih dalam pembinaan di sebuah kilang, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohamad Shoki Hamzah berkata, kejadian berlaku jam 3 petang ketika mereka sedang melakukan kerja di tapak pembinaan terbabit.

Menurutnya, runtuhan itu membabitkan lantai tingkat lima di tapak projek terbabit.

"Dua mangsa itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya.

myMetro 17 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment