March 26, 2016

Dua nelayan ditemui lemas

MAYAT Yusof ditemui pada 9.05 pagi. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

Sitiawan : Dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak kelmarin di Sitiawan ditemui lemas pagi ini.

Mayat Mohd Ghafran Man, 41, ditemui di muara Sungai Perak berhampiran Bagan Datoh pada 4.20 pagi manakala rakannya, Yusof Abdul Rahim, 41, ditemui di kawasan sama pada 9.05 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Arbaan Abdul Mokti berkata, kedua -dua mayat ditemui nelayan yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kedua-dua mangsa ditemui terapung di permukaan air dan mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) ," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Mohd Ghafran dan Yusof Abdul Rahim dikatakan keluar ke laut pada 1 pagi Rabu lalu dan dilaporkan hilang selepas disedari kakak seorang mangsa pada 5.30 petang, semalam.

Semalam, orang ramai menemui sampan mangsa dalam keadaan kehabisan minyak dan terdapat kesan pelanggaran.

myMetro 25 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment