March 26, 2016

Dua maut kemalangan di Kilometer 15 Jalan Semporna-Tawau

MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca

Semporna: Dua lelaki maut selepas terbabit dalam kejadian kemalangan di Kilometer 15 Jalan Semporna-Tawau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Omar Landasung, 48, bersama penumpang yang belum diketahui identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta dalam perjalanan dari arah Tawau ke Semporna.

"Ketika kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan namun kenderaan jip yang dipandu lelaki berusia 53 tahun gagal mengelak sehingga menyebabkan berlaku rempuhan antata kedua-dua kenderaan.

"Akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu jip hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Peter berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 23 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment