March 26, 2016

Dua kenderaan bertembung

KENDERAAN yang dipandu mangsa dalam kemalangan itu. FOTO ihsan bomba

Kota Bharu: Akibat kenderaan dipandu bertembung, seorang lelaki tersepit manakala wanita berusia 28 tahun cedera dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat dekat Hotel Temenggong, di sini, kira-kira 6.40 pagi tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.45 pagi memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan dengan seorang mangsa tersepit.

"Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohamed mengetuai sembilan lagi anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ke lokasi kejadian.

"Kami membantu mengeluarkan mangsa lelaki berusia 47 tahun yang terperangkap dalam kereta dipandunya manakala, mangsa wanita cedera," katanya hari ini.

Pasukan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) kemudian, memberi rawatan awal dan mangsa kemudian dihantar ke HRPZ II.

myMetro 22 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment