March 6, 2016

Dua cedera treler rempuh dua kereta

KEADAAN buah kereta selepas dirempuh treler. FOTO Hazreen Mohamad

Seremban: Dua orang cedera dan dua selamat apabila treler terbabas merempuh dua kereta di Kilometer 270 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban, di sini, petang tadi.

Zulkifli Abdul Razak, 43, berkata, dia memandu Mini Cooper dari Shah Alam, Selangor dan melihat dua lelaki menaiki sebuah lagi Mini Cooper berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

"Saya memberhentikan kereta untuk membantu lelaki itu. Secara tiba-tiba, kami lihat treler terbabas dan kami lari menyelamatkan diri. Bagaimanapun, kereta kami remuk teruk dirempuh treler berkenaan.

"Seorang lagi rakan yang berada dalam kereta tersepit dan parah manakala pemandu lori cedera ringan," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badrotamam Abdul Rahim berkata, dua jentera bersama 10 anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan 1.59 petang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian mangsa sudah dikeluarkan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

myMetro 4 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment