March 13, 2016

Drebar tersepit kereta bertembung bas 'sardin'

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Puchong Jaya.

Serdang: Sebuah bas ‘sardin’ membawa 70 penumpang gagal mengelak dan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas ke laluannya.

Dalam kejadian jam 10.20 malam kelmarin, tiga penumpang bas itu cedera manakala pemandu wanita kereta berkenaan cedera di dada sejurus terbabit kemalangan di Jalan Layang-layang 1, Puchong Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang wanita terbabas sebelum bertembung bas itu.

Menurutnya, akibat kemalangan itu tiga penumpang cedera ringan kerana tercampak.

“Pemandu kereta itu pula tersepit kira-kira 30 minit sebelum anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkannya.

“Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Razimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan bagi mengetahui punca kereta berkenaan terbabas,” katanya.

myMetro 12 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment