March 20, 2016

Dr Patau Rubis meninggal dunia

FOTO Arkib NSTP

Kuching: Bekas Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR), Dr Patau Rubis, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) jam 5 petang tadi.

Sumber berkata, mendiang yang berusia 70 tahun dikatakan rebah ketika menghadiri mesyuarat agung tahunan STAR di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mendiang kemudian dihantar ke HUS untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Sebelum menubuhkan parti STAR pada 1996, Dr Patau adalah Menteri Muda dalam Kabinet negeri Sarawak.

Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Muda Kewangan dan Kemudahan Awam sejak 1987 hingga dipecat pada 1995.

Beliau juga adalah bekas Naib Presiden Kanan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

myMetro 20 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment