March 4, 2016

Diugut dengan parang, dicabul

Cheras: Kerana terpedaya dengan pujukan jiran, remaja perempuan berusia 13 tahun diugut dengan parang sebelum dicabul di apartmen di Bandar Tasik Selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 11 pagi, mangsa yang ditinggal berseorangan di apartmen itu didatangi lelaki yang juga jirannya.

Menurut sumber, lelaki berusia 33 tahun itu memujuk supaya mengikutnya naik ke tingkat sembilan apartmen berkenaan kerana mendakwa ayahnya menunggu di situ.

"Suspek kemudian menyuruh pelajar tingkatan satu itu masuk ke dalam rumahnya.

"Tiba-tiba suspek mengacukan parang dan membuka baju mangsa sebelum bertindak mencabul remaja itu " katanya.

Katanya, mangsa cuba melawan dan berjaya melarikan diri sebelum mengadu kepada ahli keluarganya.

Remaja itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata, polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki mencabul remaja itu.

"Suspek akan dituduh esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

myMetro 3 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment