March 26, 2016

Disuruh gunting lidah

Keadaan mangsa selepas menggunting lidah akibat dibuli. FOTO ihsan pembaca

Klang: Seorang ibu menerima kejutan menyedihkan apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam kejadian di sekolah rendah, di sini, kelmarin.

Wanita terbabit menerima panggilan daripada pihak sekolah memaklumkan anak lelakinya itu cedera pada lidah dan segera ke sekolah berkenaan sebelum anaknya dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, selepas didesak, budak lelaki berusia lapan tahun itu, menceritakan kejadian sebenar.

"Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

"Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera," katanya.

Ibu mangsa ketika dihubungi berkata, anaknya kini dalam keadaan baik.

"Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.ketik dihubungi wartawan Harian Metro, malam tadi.

Gambar budak lelaki itu tersebar di laman sosial, semalam sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

myMetro 26 Mac 2016


Dibuli dalam tandas sekolah

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan sudah menerima laporan awal kes buli murid tahun dua disuruh potong lidah di Klang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata tindakan lanjut akan dilakukan.

Menurutnya, peralatan tajam memang dilarang dibawa ke sekolah kecuali dengan kebenaran dan pemantauan guru.

Beliau berkata, kejadian membabitkan murid tahun tiga membuli murid tahun itu berlaku dalam tandas sekolah, Khamis lalu.

“Tindakan segera dilakukan kementerian adalah membuat siasatan dalaman mengenai kejadian itu.

“Saya harap orang ramai tidak terus menyalahkan guru sebab kejadian berlaku dalam tandas sekolah,” katanya.

Kamalanathan berkata, keputusan dan tidakan selanjutnya akan berdasarkan laporan siasatan polis.

Malam tadi, portal Harian Metro iaitu myMetro malaporkan ibu murid itu terkejut apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli.

Wanita terbabit menerima panggilan daripada pihak sekolah memaklumkan anak lelakinya itu cedera pada lidah dan segera ke sekolah itu sebelum anaknya dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah.

Menurut sumber, selepas didesak, budak lelaki berusia lapan tahun itu, menceritakan kejadian sebenar.

"Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

"Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera," katanya.

Ibu mangsa ketika dihubungi, malam tadi, menjelaskan anaknya kini dalam keadaan baik.

"Saya mengetahui perkara ini daripada anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Gambar budak lelaki itu tersebar di laman sosial, semalam sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

myMetro 26 Mac 2016


Mangsa buli masih trauma

SHAH ALAM – Keluarga kepada murid yang menjadi mangsa buli, Muhammad Alif Shukran Alias, lapan tahun, yang cedera selepas dipaksa menggunting lidahnya sendiri masih belum menerima penjelasan daripada pihak sekolah.

Ibu mangsa, Siti Nurhuda Ibrahim, 28, berkata, sehingga ke hari ini pihaknya masih lagi menunggu untuk dihubungi pihak sekolah bagi membincangkan tragedi yang berlaku.

“Tak ada lagi, buat masa ini cikgu ataupun pihak sekolah belum lagi telefon keluarga kami,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, dia bersyukur kerana Alif semakin pulih daripada kecederaan lidahnya.

“Anak saya boleh bercakap dan tak alami sebarang masalah kesan daripada kecederaan lidah itu, cuma hari itu sahaja dia ada mengigau sewaktu tidur sebab rasa sakit,” katanya.

Namun katanya, anak lelakinya itu enggan ke sekolah semula kerana trauma dengan apa yang berlaku.

“Kami sedang berbincang dengan keluarga untuk pindahkannya ke sekolah lain sebab anak saya tak mahu pergi ke sekolah sama lagi,” katanya.

Muhammad Alif yang bersekolah di sebuah sekolah di Bukit Tinggi, Klang cedera pada lidahnya selepas dikatakan dibuli lima murid sekolah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dipaksa menggunting lidahnya sendiri oleh lima murid darjah tiga.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Zainureen Mohd Nor memaklumkan sudah menerima laporan daripada pihak sekolah berkenaan.

“Cerita daripada dia (mangsa) dan pihak sekolah berbeza, bagaimanapun kita masih menunggu laporan terperinci daripada polis berhubung kejadian itu,” katanya sewaktu hadir untuk melawat murid tersebut di sekolah berkenaan, semalam.

Namun begitu, pihaknya gagal berjumpa dengan mangsa yang tidak hadir sekolah.

Zainureen berkata, selain menunggu laporan polis, pihaknya juga meminta pihak sekolah melakukan siasatan.

Katanya, pihak Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut membuat siasatan selain sudah menerima laporan awal daripada sekolah berkenaan.

"Sebarang keputusan dan tindakan akan dibuat selepas menerima laporan polis," katanya.

Mengulas mengenai kes buli, beliau berkata, pihaknya juga tidak pernah menerima laporan kejadian buli di sekolah itu.

“Pihak sekolah juga memaklumkan tidak menerima laporan bertulis mengenai kejadian buli di sekolah berkenaan, mereka juga tidak tahu keluarga mangsa melaporkan kepada siapa mengenai kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, peratusan kejadian kes buli di sekolah di Selangor ketika ini juga sangat rendah tetapi pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku.

"Kita mempunyai Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 - Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah yang sekolah harus patuh di mana setiap guru besar dan pengetua kena mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Mengulas kenyataan ibu mangsa yang tidak akan menghantar anaknya ke sekolah itu lagi, beliau meminta guru besar menghubungi penjaga berkenaan untuk mengetahui status sama ada masih mahu meneruskan persekolahan atau mahu berpindah ke sekolah lain.

"PPD dan sekolah sentiasa bantu bagi menyelesaikan isu ini termasuklah pihak sekolah boleh menyediakan kaunseling untuk Alif sekiranya trauma dengan insiden ini.

"Sekiranya keputusan di ambil mahu berpindah sekolah lain, pihaknya bersedia bantu uruskan perpindahan ini.

"Bagaimanapun, penjaga perlu isi borang pindah sekolah. Setakat ini, kami belum terima permohonan," katanya.

Sinar Harian 29 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment