March 20, 2016

Ceti parah ditetak

Alor Setar: Lelaki warga emas yang juga ceti cedera parah di kepala dipercayai akibat ditetak dalam kejadian di Tanjung Chali, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian berlaku dipercayai jam 7.45 pagi ketika mangsa M C Perumal, 78, berada di rumahnya dan didatangi suspek yang menetak kepalanya.

"Manga mengalami kecederaan parah di kepala dan masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Mangsa tidak dapat memberikan keterangan dengan jelas kerana keadaannya yang masih belum stabil dan tidak sedarkan diri," katanya.

Adzaman berkata, laporan perubatan awal doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa dipukul dengan objek tajam dan panjang sehingga mengalami kecederaan parah.

"Polis akan menjalan siasatan terperinci berhubung kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil memberi keterangan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

myMetro 20 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment