March 22, 2016

Budak maut terjatuh tingkat 14 di Putrajaya

Pangsapuri tempat seorang kanak-kanak terjatuh.

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 14 dalam kejadian di Blok 5R4 Presint 5 di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan Muhammad Hafiey Qayyum Mohd. Syazwan, 4, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Seorang tukang cuci yang enggan dikenali berkata, dia tergamam apabila menemui mangsa dalam keadaan mengiring ke kanan ketika sedang asyik menyapu di kawasan tempat letak kereta.

"Saya terus panggil rakan untuk melihat keadaannya yang masih hidup ketika itu. Mereka kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini. K! Online.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - K! ONLINE

21 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment