March 26, 2016

Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

Anggota bomba memujuk wanita warga Indonesia yang cuba membunuh diri sebelum diselamatkan dengan cara memegang dan menariknya. FOTO ihsan bomba

Klang: Wanita warga Indonesia berjaya diselamatkan anggota bomba daripada cubaan membunuh diri di Jambatan Kota, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.30 petang, wanita berusia 30-an itu dipercayai mengalami masalah rumah tangga.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit memujuk wanita itu.

Bagaimanapun, katanya wanita itu nekad mahu terjun dari jambatan berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba.

"Wanita itu dipercayai mempunyai masalah rumah tangga menyebabkan gangguan emosi yang tidak terkawal sambil menangis tanpa henti.

"Pujukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja tidak berjaya sebelum mereka memegang dan menariknya," katanya.

Mohd Sani berkata, wanita itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

myMetro 23 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment