March 22, 2016

Bomba hantar Indrawady

IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia

Miri: Khidmat anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia digunakan untuk mengangkat dan menghantar lelaki obesiti ke Hospital Miri, hari ini.

Pesakit, Indrawady Jaya, 39, yang mempunyai berat 160kg dikatakan ada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Dia mengalami bengkak kaki dan menyebabkannya tidak dapat berjalan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Law Poh Kiong, berkata keluarga pesakit menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital.

Bagaimanapun, katanya, ambulans tidak muat untuk pesakit kerana badannya terlalu besar.

"Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng ke rumah pesakit di Bandar Baru Permyjaya, Tudan, sebaik menerima panggilan kecemasan daripada pembantu perubatan Hospital Miri, pada 11.24 pagi.

"Kami mengangkat tilam yang digunakan pesakit dan menghantarnya ke hospital menggunakan lori bomba untuk mendapatkan rawatan," katanya.

myMetro 20 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment