March 20, 2016

Beribu ikan duri ditemui timbul di permukaan Sungai Pinang

KELIHATAN ikan duri mati dan timbul di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau. FOTO Shahnaz Shahrizal

KELIHATAN ikan duri mati dan timbul di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau. FOTO Shahnaz Shahrizal

MUHAMMAD Alif Danial Mohd Noor, 17, menunjukkan ikan duri mati di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau. FOTO Shahnaz Shahrizal

Kejutan awal pagi

Balik Pulau: Beribu ikan duri ditemui timbul di permukaan Sungai Pinang, Kuala Jalan Baru, Balik Pulau, awal hari ini.

Kejadian itu membuatkan orang ramai berkumpul di kawasan terbabit kerana mahu melihat dan mengetahui punca semua ikan duri timbul dan mati di permukaan air, pada kira-kira 9 pagi.

Penduduk, Mohd Khairi Noh, 34, berkata, dia terkejut kerana sepanjang menjadi nelayan hampir enam tahun dia tidak pernah melihat kejadian ikan duri mati dan timbul di sungai itu.

"Memang air sungai agak cetek namun ia bukan punca utama ikan ini timbul dan mati. Ikan terbabit mungkin mati kerana 'mabuk' air masin berikutan air laut masuk ke sungai melalui muara," katanya.

myMetro 19 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment