March 26, 2016

Berbakti balas jasa

SITI Jaleha mencium ibu tirinya yang terlantar lumpuh.

Johor Bahru: Demi membalas jasa, Siti Jaleha Kasrah, 53, sanggup berhenti kerja untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap ibu tirinya, Melah Ahmad, 76, yang terlantar di rumah akibat lumpuh sejak Jun lalu.

Ikuti temu bual wartawan Harian Metro yang berkunjung ke rumahnya di Jalan Pulai Bistari 20, Bandar Baru Kangkar Pulai, Skudai, semalam, yang turut disertai Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim, Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam dan Pengerusi Persatuan Prihatin Kempas, Salim Daud.

“Dia adalah ibu tiri yang amat penyayang dan saya akan berbakti kepadanya bagi membalas jasanya.

Walaupun ibu mempunyai lima anak kandung, saya sudah meminta izin daripada anak-anaknya untuk menjaga ibu selagi hayat masih ada kerana mahu berbakti kepadanya.

Sebelum ini saya tinggal di Batu Pahat tetapi meminta kebenaran untuk menumpang di rumah seorang adik tiri lelaki, Mohd Hatta Kasrah, 40, supaya saya menjaganya.

myMetro 26 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment