March 9, 2016

Bayi menderita penyakit otak kecut

Asmuzira memberi Hariz susu menggunakan tiub khas sambil diperhatikan suaminya.

KANGAR - Sekali pandang siapa sangka bayi yang mempunyai tubuh badan gempal ini menghidap penyakit Pseudo Torch Syndrom atau sejenis penyakit di mana otak menjadi kecut sejak awal kelahirannya.

Disebabkan itu, Muhamad Hariz Rizqy Mohd Nurul Rizuan, 9 bulan, sentiasa terbaring kaku tanpa boleh bergerak seperti bayi normal.

Ibunya, Asmuzira Johar, 30, perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya itu kerana Hariz sentiasa mengalami sawan tarik atau kekejangan.

“Dulu saya kerja di sebuah restoran makanan segera, tapi terpaksa berhenti setelah melahirkan Hariz," katanya.

Suaminya, Mohd Nurul Rizuan Khamis, 30, juga bekerja di restoran makanan segera yang sama.

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata dan anak sulung mereka yang berusia empat tahun berada dalam keadaan sihat.

Mohd Nurul Rizuan berkata, pada awalnya, doktor memberitahu Hariz normal namun selepas satu jam dilahirkan, anak keduanya itu mengalami kekejangan sebanyak empat kali.

"Dari situ doktor syak yang mungkin Hariz ada masalah di bahagian otak. Tapi sampai sekarang doktor belum dapat tahu punca sebenar.

“Dah bermacam-macam cara saya usahakan, termasuk rawatan Islam. Saya merayu masyarakat di luar sana yang tahu kaedah menyembuhkan Hariz agar dapat membantu kami," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Ngulang, mukim Mata Ayer.

Menurut Mohd Nurul Rizuan, Hariz tidak perlu buat apa-apa pembedahan kerana dia tidak ada masalah jangkitan kuman atau darah, cuma otaknya sahaja yang mengecil dan dikelilingi air.

Tambahnya, dua minggu sekali dia dan isteri perlu membawa Hariz ke Hospital Kangar untuk menukar tiub yang digunakan untuk minum susu dan makan ubat.

“Hospital pun dah jadi macam rumah kedua kami. Mujur saya tinggal dengan mak mentua, jadi bolehlah mak jagakan anak sulung sementara kami ke hospital.

“Hariz banyak pejam mata, sehari dalam sekali saja dia buka mata," katanya.

Katanya, Hariz juga hanya boleh minum susu khas.

“Setin susu tahan seminggu berharga RM65. Sebulan kami perlu belanja RM800 untuk susu dan lampin pakai buang dia saja, tak termasuk kos hospital, “ katanya.

Menurutnya, Hariz juga perlu minum susu tiga jam sekali dan makan lapan jenis ubat setiap hari.

"Anak saya perlu ambil ubat pada jam 6 pagi, 8 pagi, 12 tengah hari, 6 petang, 8 malam, dan 12 tengah malam. Dia tak boleh kena panas dan sentiasa perlukan suasana yang sejuk.

“Kalau biar dia kena panas, badan naik ruam dan muka akan jadi biru, lepas tu mesti dia akan kekejangan," katanya.

Berikutan itu Mohd Nurul Rizuan merayu jika ada pihak yang boleh memudahkan urusannya untuk membeli rumah agar dapat mereka memasang pendingin hawa untuk Hariz.

“Kalau sekarang ni saya tak boleh nak buat apa-apa sebab menumpang di rumah mentua. Saya juga pernah dapat bantuan Baitulmal sebanyak RM500 bulan lalu. Selebihnya terpaksa usah sendiri. Tapi memang gaji saya sebagai pekerja restoran tak cukup," katanya.

Mohd Nurul Rizuan juga berkata, dia dan isterinya sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat putera hati mereka seperti bayi lain.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada akaun Maybank atas nama ASMUZIRA JOAR (109018034727) atau hubungi mereka (012-5997055).

Sinar Harian 8 Mac 2016


Otak anakku kecut

ASMUZIRA bersama Hariz yang disahkan menghidap penyakit otak kecut.

Kangar: Seorang ibu sanggup berhenti kerja di sebuah restoran makanan segera untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak keduanya yang menghidap penyakit ‘Pseudo Torch Syndrome’ atau gejala otak kecut.

Kini kehidupan mereka ditanggung suami, Mohd Nurul Izwan, 30, yang juga bekerja di sebuah restoran di Arau.

Asmuzira Johar, 30, berkata, anaknya, Muhammad Hariz Rizqi Mohd Nurul berusia lapan bulan itu mulanya diserang sawan dan kekejangan otot sejam selepas dilahirkan pada 18 Mei lalu sebelum pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap gejala otak kecut.

Menurutnya, apabila Hariz melalui proses imbasan, doktor mendapati otaknya tidak mengembang seperti kanak-kanak normal dan agak kecil seperti kebiasaan.

“Sejak itu saya dan suami sering berulang-alik bertemu pakar di Hospital Pulau Pinang untuk melihat perkembangan anak kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Ngulang-Bukit Keteri, semalam.

myMetro 12 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment