March 11, 2016

Bayi dalam kandungan meninggal, ibu selamat


Sungai Petani: Bayi dalam kandungan berusia lapan bulan meninggal dunia, ibunya selamat dalam kemalangan di Jalan Bukit Kuang, Gurun, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Norazah Abdul Halim 38, menunggang motosikal bersama dua anaknya berusia 11 dan 14 tahun sebelum tiba-tiba sebuah kereta hilang kawalan, masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Md Zukir Md Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berusia 31 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan Gurun ke tempat kerjanya di Sungai Tiang, dekat sini.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, lelaki terbabit yang memandu di laluan belum berturap gagal mengawal keretanya menyebabkan dia menekan brek sebelum memasuki laluan bertentangan dan terus merempuh motosikal itu.

“€œWanita terbabit yang mengandung lapan bulan patah paha kanan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim.

“Kandungannya itu disahkan meninggal dunia 12.50 tengah hari tadi manakala dua lagi anaknya tidak cedera,”€ katanya.

myMetro 10 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment