March 22, 2016

Bas ekspres terbalik

Keadaan jentera bomba yang remuk selepas merempuh bas. - Foto Ihsan Pembaca

Bas pesiaran yang terbalik merintangi lebuh raya. - Foto Ihsan Pembaca

Nasib baik semua selamat

Changlun: Seramai 16 penumpang terselamat walaupun bas ekspres dinaiki mereka terbalik akibat dirempuh sebuah jentera bomba apabila bas berkenaan gagal membuat pusingan U di sebuah perhentian di Kilometer 6.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Changlun menghala Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, bas membawa tiga warga Singapura, 11 warga Thailand dan dua rakyat tempatan berusia 30 hingga 40-an ingin membuat pusingan U di kawasan perhentian itu namun gagal menyebabkan pemandu bas mengundur semula bas berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, sebuah jentera bomba yang tiba tidak sempat mengelak lalu merempuh bas berkenaan menyebabkan ia terbalik.

Berikutan kejadian itu, pemandu bas, pemandu kedua dan seorang penumpang dikejarkan ke Hospital Jitra kerana cedera.

Bas itu yang dalam perjalanan dari Hadyai, Thailand ke Singapura, singgah di Changlun bagi membolehkan penumpang makan.

myMetro 21 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment