March 16, 2016

Bakar sampah punca hutan terbakar



Kajang: Kawasan hutan seluas empat hektar di Kajang Utama yang terbakar tengah hari tadi dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah berhampiran kawasan berkenaan.

Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Murtedza ,63, dia terbau asap lalu keluar dari rumahnya untuk memeriksa punca bau berkenaan.

"Apabila keluar, saya nampak api merebak ke kawasan hutan berhampiran rumah. Cemas dengan kejadian itu saya terus menghubungi bomba," katanya yang ditemui petang tadi.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Kajang Nasharuddin Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam dan mengerahkan tujuh anggota bomba termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran itu membabitkan hutan seluas empat hektar dan bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk memadamkan api.

"Kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah terbuka di kawasan perumahan itu menyebabkan api merebak ke dalam hutan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, kebakaran itu berjaya dipadamkan pada 4.30 petang dan tidak membabit sebarang kecederaan.

myMetro 15 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment