March 6, 2016

Ayah turun ke parit cari anak


Kuala Terengganu: Murid Tahun Satu ditemui lemas selepas terjatuh dalam parit di Kampung Seberang Baruh, di sini.

Allahyarham Muhammad Aiman Zafran Mohd Syuhaime, 7, ditemui lemas oleh bapanya, Mohd Syuhaime Mohd Arifin pada 7.30 petang.

Kejadian menimpa mangsa disedari ibunya, Zaleha Ishak, 34, apabila anak sulung daripada dua beradik itu tidak pulang ke rumah selepas keluar menaiki basikal, kira-kira 6 petang semalam.

"Saya mula tidak sedap hati dan memaklumkan kepada suami sebelum dia pergi mencari Muhammad Aiman Zafran.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, penduduk kampung memaklumkan anak kami jatuh ke dalam longkang.

"Dengan bantuan penduduk kampung, suami turun ke dalam parit untuk mencarinya sebelum menemui Muhammad Aiman,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

myMetro 5 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment