March 11, 2016

Arwah sempat minta air sebelum rebah di pangkuan suami

Ramlah

KOTA BHARU - Hasrat seorang wanita untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini tidak kesampaian selepas mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit di sini pagi tadi.

Sebelum kejadian, mangsa Ramlah Ishak, 50, bersama suaminya, Kamaruddin Lah, 53 yang datang dari Jeli ke Kota Bharu untuk bertemu pakar jantung dan mendapatkan rawatan di HRPZ II.

Ketika suaminya sedang meletakkan kereta di kawasan parkir, mangsa dalam keadaan lemah dan meminta air dari suaminya untuk diminum. Mangsa kemudiannya dipimpin suaminya di kedai makan berhampiran dan duduk di kerusi kedai tersebut.

Suami mangsa membelikan sebotol air mineral untuk isterinya namun belum sempat minum air yang dibeli suaminya itu, mangsa mengalami sesak nafas dan rebah di pangkuan suaminya.

Melihatkan keadaan itu, suaminya memanggil doktor di hospital berdekatan dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Suami mangsa memberitahu, mangsa merupakan pesakit diabetis dan mengidap penyakit tersebut sejak tiga tahun lalu.

Selain itu isterinya juga turut mengalami komplikasi buah pinggang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, hasil pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal.

 ‎“Kes ini diklafikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya.

Sinar Harian 8 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment