March 20, 2016

Anjing jadi mangsa

FOTO Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Bengkel besi buruk terbakar menyebabkan sekurang-kurangnya 10 anjing pelbagai jenis rentung, malam tadi.

Difahamkan, terdapat 38 anjing dalam bengkel terbabit yang terletak di Suria Magna Jalan Prima 3, Metro Prima, Kepong.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan jam 10.24 malam.

"Kebakaran membabitkan bengkel menyimpan besi buruk terbakar 100 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

myMetro 19 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment