March 4, 2016

Angkara drebar lalok

PAPAN tanda Balai Polis Kepong yang mengalami kerosakan.

Kuala Lumpur: Seorang anggota polis yang sedang bertugas di pos pengawal Balai Polis Kepong, nyaris cedera apabila seorang pemandu lelaki mabuk merempuh pagar hadapan balai itu.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi semalam, kereta dipandu suspek dikatakan hilang kawasan berhampiran balai terletak di Batu 7 1/2, Jalan Besar Kepong.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kereta model Nissan Sentra itu dipandu laju seorang lelaki berusia 38 tahun dari arah Sungai Buloh menuju Kepong.

Menurutnya, kereta itu melanggar beberapa tiang keselamatan di bahu jalan sebelum merempuh papan tanda Balai Polis Kepong.

“Ketika kejadian terdapat seorang anggota sedang bertugas di pos pengawal yang terletak berhampiran papan tanda berkenaan.

“Sejurus kejadian, anggota polis terbabit bergegas ke lokasi dan mendapati terdapat seorang lelaki berada di dalam kereta itu,” katanya.

Menurutnya, ujian pernafasan mendapati kadar alkohol pada lelaki itu melebihi had dibenarkan untuk memandu kenderaan.

myMetro 4 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment