March 2, 2016

Anggota RELA maut kereta terbabas

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba

Kuala Nerang: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Padang Terap maut selepas kereta dipandu terbabas di Jalan Semeliang di sini, tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, mangsa, Suhaimi Lebai Muhammad, 48, berasal dari Kampung Perik terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tembok batu.

Katanya, polis menerima panggilan mengenai kejadian pada 12.40 tengah hari tadi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu maut di tempat kejadian dan mayatnya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kejadian masih dalam siasatan.

myMetro 1 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment