March 22, 2016

Ajal tiba selepas beri ucapan di perhimpunan sekolah


BANDAR BAHARU - Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar, dekat sini, pagi tadi, bertukar tragedi apabila seorang gurunya meninggal dunia selepas memberi ucapan permulaan.

Ketika kejadian, Suzana Ishak, 48, mengadu sakit kepala sebelum menyerahkan pembesar suara kepada guru lain untuk meneruskan ucapan pada perhimpunan itu.

Pengetua SMK Lubuk Buntar, Azaman Abdul Rahman berkata, hari ini guru berkenaan datang awal ke sekolah dan memaklumkan dia bertugas pada minggu ini untuk memberi ucapan permulaan pada perhimpunan.

"Pada jam 7 pagi, arwah sudah sampai ke sekolah dan sempat memberitahu bahawa dia bertugas minggu ini.

“Arwah juga sempat meminta semua pengawas perpustakaan supaya tunggu selepas selesai perhimpunan hari ini dalam ucapannya itu,” katanya.

Sinar Harian 20 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment