March 13, 2016

'Ada lembu mandi kolam'

USAHA mengeluarkan lembu mengambil masa 10 minit. FOTO ihsan pembaca

Alor Gajah: Sebuah keluarga cemas apabila lembu betina terjatuh ke dalam kolam mandi di belakang rumah mereka di Kampung Londang, Masjid Tanah, 6 petang semalam.

Usaha menyelamatkan lembu terbabit turut dirakam pemilik rumah berusia 36 tahun menggunakan telefon bimbitnya.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, lembu betina dipercayai berusia setahun pada mulanya meragut rumput di belakang kediamannya, namun haiwan itu dipercayai memasuki halaman rumah dan terjatuh ke dalam kolam berukuran 4.2x5.7 meter dengan kedalaman 1.3 meter.

"Kejadian disedari anak saudara perempuan yang menjerit 'ada lembu mandi kolam' sejurus melihat haiwan itu jatuh ke dalam kolam.

"Suami dibantu adiknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan lembu itu dari dalam kolam," katanya.

Katanya, mereka kemudian menghalau haiwan itu keluar dari halaman rumah kerana risau kejadian sama berulang.





0 comments:

Post a Comment