March 16, 2016

Acu pisau di perut

Pasir Puteh: Seorang peniaga barang kemas kerugian kira-kira RM30,000 apabila kedai emas miliknya di pekan Selising, di sini disamun dua lelaki memakai penutup mulut.

Kejadian berlaku pada 3.15 petang ketika peniaga itu yang mahu dikenali sebagai Guan, 75, bersendirian dalam premis terbabit.

Menurutnya, seorang lelaki mengacukan senjata tajam dipercayai pisau di perutnya sambil mengarahkan dia berdiam diri.

"Seorang lagi memecahkan cermin meja pameran dan mengambil dua dulang berisi antaranya cincin dan gelang emas.

"Mereka kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Guan berkata, dia menghubungi polis sejurus kejadian.

myMetro 15 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment