March 22, 2016

300 rumah dilanda banjir kilat

Banjir kilat yang melanda Kampung Dato Hajah Hasnah Ahmad , Johor Bahru, petang tadi. - Foto FAHD RAHMAT

Johor Bahru: Kira kira separuh daripada 300 rumah di Kampung Dato Hajah Hasnah Ahmad di sini, dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira kira 4.30 petang tadi yang berlarutan selama satu setengah jam.

Menurut penduduk, Zainab Mohd, 68, ketika kejadian dia bersama dua cucu berusia 14 dan sembilan tahun sedang berehat.

"Saya berkata kepada cucu kemungkinan banjir akan berlaku dan tidak lama selepas itu air mula memasuki rumah dari dapur hingga ke paras buku lali.

"Kawasan setinggan ini memang kerap dilanda banjir kilat jika hujan lebat dan banjir kali ini berlaku selepas cuaca panas sejak beberapa minggu lalu," katanya.

Zainak bersyukur kerana hujan berhenti tidak lama selepas itu dan mendapat bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Johor Bahru untuk menimba air keluar dari rumahnya.

myMetro 21 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment