March 13, 2016

3 sahabat terlibat nahas

Keadaan kereta dinaiki tiga sekawan selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan dekat Taman Templer.

RAWANG - Seorang lelaki maut, manakala dua rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 19, berhampiran Taman Templer, di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, kesemua mereka yang berusia 23 tahun beralamat di BandarTasik Puteri dalam perjalanan menghala ke Danau Kota

Sumber berkata, pemandu kereta Mercedes E260 cuba mengelak sebuah motosikal yang berada di lorong kiri dengan menekan brek sebelum hilang kawalan.

“Mangsa yang duduk di kerusi sebelah pemandu mati di tempat kejadian selepas besi pengadang jalan menembusi bahagian kiri kereta menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman serta putus kaki.

“Pemandu tidak alami sebarang kecederaan, manakala seorang lagi penumpang di bahagian belakang hanya cedera ringan,” katanya.

Sinar Harian 11 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment