March 9, 2016

10 orang angkat pesakit 300 Kg

ANGGOTA bomba memindahkan pesakit ke dalam wad. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Hospital Alor Setar terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk memindahkan lelaki berusia 40-an seberat 300 kilogram sebaik tiba dengan ambulans dari Perlis, 2.30 petang tadi.

Lelaki itu dimasukkan ke wad Hospital Alor Setar kerana mengalami masalah kesihatan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pesakit itu dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis ke Hospital Alor Setar, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk memindahkan mangsa berikutan masalah yang dialaminya.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.35 petang dan tiba di lokasi satu minit kemudian.

Menurutnya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dibantu lima kakitangan hospital mengangkat pesakit itu menggunakan tangan.

myMetro 7 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment