February 28, 2016

Warga Brunei maut nahas di Betong

SRI AMAN - Seorang rakyat Brunei maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Jalan Betong-Sri Aman, Betong, petang tadi.

Jurucakap bomba berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 6 petang itu ialah Abdul Latif Awang Bini, menaiki kereta jenis Honda Interga yang berdaftar di Brunei.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Sorion Hamdin, juga warga Brunei, yang menaiki kereta Honda Interga, manakala seorang lagi ialah lelaki tempatan, Kana Anak Balai, 51, yang menaiki kereta Proton Saga, katanya.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kemalangan itu. - Bernama

27 Feb 2016


Hilang kawalan, terbabas


Betong: Lelaki warga Brunei maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Betong-Sri Aman berhampiran simpang ke Tebarong, di sini.

Abdul Latif Awang Bini, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Sofian Hamdan, 44, yang memandu kereta Honda Integra cedera dan dirawat di Hospital Sri Aman.

Pemandu Proton Saga, Kana Balai, 51, patah paha kanan dan rakannya Mohd Safari cedera dan dirawat di Hospital Betong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sri Aman, Mohammad Raffy Saibi, berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.04 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mendapati satu kemalangan membabitkan dua kenderaan, satu daripadanya bernombor pendaftaran Brunei.

"Bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta dan diserahkan kepada paramedik. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, Honda dinaiki dua warga Brunei yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuching itu hilang kawalan menyebabkannya terbabas, berpusing dan merempuh Proton Saga dari arah bertentangan.

Raffi berkata, kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya kira-kira 7 malam.

myMetro 28 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment