Jumpa mayat wanita di laut
Kuantan: Mayat wanita ditemui kira-kira satu batu nautika dari perairan Kampung Kempadang, dekat sini, jam 7.40 pagi, hari ini.
Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mangsa ditemui nelayan di kawasan berkenaan.
Katanya, bot kilat APMM diarahkan ke lokasi kejadian sebelum mayat itu diserahkan kepada polis marin untuk siasatan lanjut.
"Mayat dibawa ke jeti di Padang Lalang sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.
"Mangsa dipercayai Chan Yan Juen, 34, berasal dari Lorong Sri Teruntum di sini, yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.
"Identiti mangsa sudah disahkan oleh suami wanita itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
myMetro 20 Februari 2016
Betul ke lepas vaksin Covid 19, ramai dapat Anxiety ?
-
Teringat kenangan PKP... selepas ambil vaksin pertama , ramai pakat pakat
singgah ke Aeon , beli air kopi viral ! Maklumlah , dapat keluar rumah masa
tu...
21 hours ago
0 comments:
Post a Comment