February 28, 2016

Ular dalam bonet


Kuching: Ular sawa berukuran kira-kira satu meter ditemui dalam bonet enjin Perodua Kancil sebaik banjir kilat surut dalam kejadian di Jalan Tabuan di sini, hari ini.

Pemilik kenderaan iaitu lelaki berusia lingkungan 20-an terkejut apabila membuka bonet depan dan melihat ada ular, pada 11.30 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim, berkata lelaki terbabit kemudian meminta bantuan JPAM yang kebetulan berada di lokasi.

Menurutnya, kereta itu tersadai berikutan kawasan itu dilanda banjir kilat dengan paras air pada kira-kira 0.5 meter.

"Kami mengambil kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan ular itu. Ular dibawa ke pusat operasi JPAM Kuching untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, banjir kilat di kawasan Kuching sudah surut sepenuhnya pada 11.30 pagi.

myMetro 27 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment