February 8, 2016

Ujian datang bertimpa-timpa

DAYANG Lohani membantu suami yang diserang angin ahmar sementara dia turut jaga anak perempuannya terlantar di hospital.

Kuala Pilah: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan sesuai menggambarkan kecekalan seorang wanita menjaga anak perempuannya yang terlantar di hospital dan kini suaminya pula disahkan menghidap penyakit angin ahmar.

Selama 11 tahun, Dayang Lohani Awang Zain, 48, memberi sepenuh tumpuan terhadap anak perempuannya Siti Nurul Hidayah Mohamad Sofi, 18, yang terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, akibat penyakit ‘Cervical Cord Myelopathy’ iaitu kerosakan saraf tunjang dan pengecutan paru-paru.

Hospital menjadi rumahnya selepas Hidayah disahkan menghidap penyakit itu akibat terjatuh di bilik air ketika berusia enam tahun dan tidak boleh bergerak serta hanya bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Katanya, kehidupan mereka sekeluarga ditanggung suami Mohd Sofi Mohamad Amin, 53, yang melakukan pelbagai kerja kampung selain menerima pencen sebagai anggota tentera.

Namun, Lohani berkata, semuanya berubah sekelip mata apabila suami disahkan menghidap penyakit angin ahmar pada November tahun lalu.

myMetro 8 Feb 2016



0 comments:

Post a Comment