February 25, 2016

Tragedi ke majlis perkahwinan

Kemalangan yang mengorbankan lima sekeluarga pagi tadi. FOTO ihsan bomba dan pembaca

FAKTA KEMALANGAN:

Kejadian: Lima sekeluarga dalam perjalanan ke majlis perkahwinan maut dalam kemalangan antara pacuan empat roda dengan treler
Lokasi: Batu 35 Jalan Sandakan - Telupid, Sabah
Tarikh dan waktu kejadian: 25 Feb 2016, jam 4.50 pagi


MANGSA YANG MAUT: 

1. Bassar Umar, 40, 
2. Pauji Ahi, 25, dan adiknya, 
3. Abdillah, 25, 
4. Nuraisyah Jabir, 11, dan adik­nya, 
5. Nurhafisa, 10

MANGSA YANG CEDERA:

1. Jabir Dasad, 49 dan isterinya 
2. Noron Ayan, 34, serta 
3. seorang wanita berusia 20-an

Sandakan: Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan pacuan empat roda dengan treler di Batu 35 Jalan Sandakan - Telupid, dekat sini, pagi tadi dalam perjalanan ke majlis perkahwinan.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Bassar Umar, 40, yang memandu pacuan empat roda, dan empat lagi penumpang yang juga anak saudara Bassar iaitu Nuraisyah Jabir, 11, dan adiknya Nurhafisa, 10, serta Pauji Ahi, 25, dan adiknya Abdillah, 18.

Tiga lagi yang parah adalah Jabir Dasad, 49 dan isterinya Noron Ayan, 34, serta seorang wanita berusia 20-an. Mereka kini dirawat di Hospital Beluran.

Pemandu treler berusia 47 tahun hanya cedera ringan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Tuaran untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pemandu treler ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, punca nahas masih dalam siasatan dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

myMetro 25 Februari 2016


Lima maut langgar lori tangki

KEADAAN Toyota Hilux selepas merempuh sebuah lori tangki dalam kemalangan di Batu 35, Jalan Sandakan-Telupid, Sandakan semalam.

SANDAKAN – Lima orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan maut manakala tiga lagi cedera parah apabila pacuan empat roda yang mereka naiki secara berhimpit-himpit bertembung dengan sebuah lori tangki semalam.

Kemalangan ngeri itu berlaku di Batu 35, Jalan Sandakan-Telupid di sini kira-kira pukul 4.50 pagi.

Dalam insiden tersebut, pemandu Toyota Hilux, Bassar Umar, 40, dan dua pasangan adik-beradik iaitu Pauji Ahi, 25, dan adiknya, Abdillah, 25, serta Nuraisyah Jabir, 11, dan adik­nya, Nurhafisa, 10, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kesemua mereka maut selepas mengalami kecederaan parah pada badan akibat tersepit.

Kosmo 26 Feb 2016




0 comments:

Post a Comment