February 16, 2016

Tidur beralas kotak

MOHD SHAMSUL bersama Sareena dan anak mereka di bilik yang disewa di Jalan Gajah Mati.

Kota Bharu: “Siapa yang tidak mahu bagi kesenangan kepada keluarga, tetapi kesempitan hidup menyebabkan saya terpaksa memendam rasa melihat mereka tidur beralaskan kotak,” kata Mohd Shamsul Bahari Mat Yunan, 32, yang tinggal di kios tepi kaki lima di sebuah pasar raya, di sini, bersama isteri dan bayi berusia setahun.

Menurutnya, sudah empat bulan mereka berkelana di situ dengan menjadi kotak sebagai alas badan manakala mandi di tandas awam atau surau sebelum diselamatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyewakan sebuah bilik pada kadar RM120 sebulan, sejak kelmarin.

Tiga beranak itu tinggal di bilik itu secara percuma selama tiga bulan atas ihsan tuan rumah, manakala sewa bagi lima bulan berikutnya akan ditampung NGO menerusi kutipan dana khas.

Mohd Shamsul Bahari berkata, sebelum ini dia menetap di rumah keluarganya di Jalan Merbau, di sini, bersama isteri warga Thailand, Sareena Pohchi, 37, dan anaknya, Mohd Aiman Aikal, 1.

Katanya, mereka sudah berkahwin selama tiga tahun dan mempunyai seorang lagi anak perempuan, Siti Putri Aisyah, 2, namun diserahkan kepada saudara terdekat untuk dijaga ketika masih bayi.

myMetro 16 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment