February 19, 2016

Terbabas sebelum terbakar


Keadaan kereta yang terbabas sebelum terbakar berhampiran Taman Yayasan.

KAMUNTING - Seorang lelaki bernasib baik apabila sempat keluar menyelamatkan diri selepas kenderaan dipandunya terbakar berhampiran Taman Yayasan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, dalam kejadian jam 1.53 pagi itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari Shah Alam, Selangor dipercayai terbabas sebelum terbakar.

“Api mulai marak pada bahagian enjin sebelum membakar bahagian hadapan kereta,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Taufiq berkata, pihaknya tiba kira-kira jam 1.59 pagi melibatkan empat anggota.

“Tindakan pantas berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak dan api dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri.

“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sinar Harian 19 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment