February 13, 2016

Teksi terbakar di Jalan Klang Lama

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kenderaan. FOTO ihsan Bomba

Petaling Jaya: Sebuah teksi terbakar hampir sepenuhnya di Jalan Klang Lama berdekatan Taman Dato' Harun, di sini, 5.43 pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Pegawai Bomba Kanan Satu Samsudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan awam mengenai kebakaran berkenaan.

Katanya, empat pegawai dan anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan sebuah teksi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 6 pagi.

"Kejadian menyebabkan teksi berkenaan terbakar hampir 90 peratus, namun tidak membabitkan mangsa.

"Bagaimanapun, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

myMetro 12 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment