February 28, 2016

Tak sempat masuk simpang

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Kuala Selangor: Dua maut manakala tiga parah dalam kemalangan kereta dan lori muatan ayam, dekat SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 9.30 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba Kuala Selangor dan Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kereta dinaiki lima lelaki terbabit dipercayai dilanggar di sebelah kiri oleh lori yang datang dari arah Tanjong Karang ke Kuala Selangor.

"Kereta dinaiki mangsa itu dari arah Kuala Selangor dan dipercayai berkonvoi dengan kenderaan lain untuk ke majlis kenduri di Bukit Belimbing.

"Setibanya di lokasi kejadian, pemandu satu daripada kereta itu berjaya memasuki simpang namun kenderaan dinaiki mangsa tidak sempat melintas sebelum dilanggar lori," katanya.

Katanya, semua mangsa yang berusia 21 hingga 27 tahun itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan selanjutnya.

myMetro 27 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment