February 11, 2016

Tahan sakit 30 minit jatuh dari tingkat 3

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang terjatuh dari tingkat tiga di Jalan Bandar 2, Pusat Bandar Puchong

Puchong: Seorang warga Myanmar terpaksa menahan azab lebih setengah jam akibat terjatuh dari beranda tingkat atas rumahnya di Jalan Bandar 2, Pusat Bandar Puchong, di sini, semalam.

Dalam kejadian 8.21 pagi itu, mangsa, Suhakjo, 25, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat tiga beranda rumahnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.48 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bergegas ke lokasi.

“Mangsa dipercayai terjatuh antara ruang bangunan rumahnya, dan ketika didekati, mangsa berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya.

myMetro 10 Feb 2016


0 comments:

Post a Comment