February 20, 2016

`Standby' untuk pindah

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Kuching: Pusat perpindahan mangsa banjir di Batu Kitang, di sini, diaktifkan sebagai langkah waspada berikutan limpahan air Sungai Sarawak Kiri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, berkata air naik antara 0.5 hingga satu meter di beberapa kawasan di Batu Kitang terutama yang mendiami dekat sungai.

Menurutnya, pusat pemindahan sudah diaktifkan sebagai langkah waspada untuk memindahkan penduduk sekiranya diperlukan.

"Kami sudah berbincang dengan penduduk dan mereka akan terus berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

"Namun, kami tetap berada di lokasi bagi memantau keadaan dan membantu mangsa terjejas.

"Ketika ini, penduduk sibuk memindahkan barang ke tempat selamat," katanya.

myMetro 20 Februari 2016


Air mula naik 3 pagi

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Padawan: Kira-kira 800 penduduk Kampung Simpok, di sini, terputus hubungan apabila jalan utama ke desa itu dinaiki air kira-kira satu meter.

Sehingga 6 pagi ini, sebarang kenderaan tidak dapat melalui kawasan itu dan difahamkan beberapa rumah penduduk mula dinaiki air.

Air dikatatakan mula naik sejak kira-kira 3 pagi.

Ia kemudian terus menunjukkan peningkatan berikutan hujan lebat berterusan.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata pasukan penyelamat sudah berada di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan bersedia memindahkan penduduk pada bila-bila masa.

Menurutnya, rumah penduduk air naik kira-kira 0.5 meter.

myMetro 20 Februari 2016 


Penuntut terkandas di Padawan

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Padawan: Tiga puluh lapan penuntut IPTA terkandas di seberang Sungai Teng Bukap, Jalan Padawan, di sini, apabila kawasan perkhemahan mereka dinaiki air, sejak malam semalam.

Bagaimanapun, 21 penuntut lagi berada dalam keadaan selamat kerana mereka berada di kawasan yang agak tinggi di seberang sungai itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata bomba menerima panggilan kecemasan daripada polis memaklumkan sekumpulan penuntut terkandas.

“Hujan lebat berterusan menyebabkan kawasan perkhemahan mereka dinaiki air dan nemerlukan bantuan daripada bomba untuk dibawa ke lokasi selamat.

"Lima puluh sembilan penuntut menyertai perkhemahan itu bersama dua pengiring tetapi 21 penuntut memang berada di kawasan selamat di seberang sungai itu.

"Lebar sungai itu 20 meter dan arus deras sungai ketika ini boleh membahayakan mereka dan pasukan penyelamat.

“Kami masih menunggu waktu yang sesuai untuk menyeberangi sungai menyelamatkan mereka.

"Ketika ini, mangsa boleh dihubungi menggunakan walkie talkie dan dinasihatkan berkumpul di lokasi lebih tinggi," katanya.

Farhan berkata, sehingga 7 pagi, penuntut terbabit masih terperangkap. Namun, keadaan terkawal dan selamat.

myMetro 20 Februari 2016


Hampir tiga ribu pindah


Kuching: Hujan lebat berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila 2,869 daripada 779 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan di Kuching, Serian dan Samarahan.

Satu pusat pemindahan baru dibuka di Samarahan dan sembilan di Kuching, pada kira-kira 6 pagi, hari ini.

Jurucakap Sakretariat Jabatan Pengurusan Bancana Negeri (JPBN), berkata jumlah mangsa banjir dijangka terus meningkat berikutan hujan masih berterusan dan peningkatan paras air sungai.

Menurutnya, pasukan penyelamat ketika ini dalam proses pemindahan penduduk Kampung Surih, Segedup, ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa kerana kawasan kampung itu dinaiki air.

Sementara itu, bekalan makanan kering untuk penduduk Kampung Giam, Padawan berjaya diserahkan ke mangsa banjir di pusat pemindahan selepas terkandas hampir sembilan jam berikutan laluan terputus kerana dinaiki air pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, sementara menunggu air surut di laluan desa itu, bekalan makanan dihantar menggunakan perahu penduduk kampung.

myMetro 21 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment