February 13, 2016

Seunit rumah tingkat 14 terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran di seunit rumah di tingkat 14 PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak, petang tadi. FOTO ihsan bomba

Kuala Lumpur: Seunit rumah di tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak, di sini, terbakar petang tadi.

Difahamkan, kejadian kira-kira 4 petang itu memusnahkan pelbagai perabot dan peralatan dalam rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 petang.

"Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Sentul, BBP Hang Tuah dan Cheras ke lokasi.

"Api berjaya dikawal pada 5.09 petang. Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini," katanya.

myMetro 11 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment