February 8, 2016

Seorang maut, dua kereta bertembung


Keadaan dua kereta yang bertembung tengah hari tadi. FOTO ihsan bomba

Yan: Pemandu kereta parah di paha kanan, kaki dan kepala apabila tersepit di tempat duduk selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17 1/2, Jalan Guar Chempedak-Alor Setar tengah hari tadi.

Dalam kejadiaan 1 tengah hari itu, mangsa, Zakaria Baharum, 48, yang memandu kereta Proton Saga bertembung dengan sebuah lagi kereta Proton Waja, yang dipandu Mohd Hasfarizal Mohd Hafidz, 25.

Bagaimanapun, Hasfarizal hanya cedera tangan kanan dan kedua-dua nya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Yan, untuk diberi rawatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fisol Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadiaan berkenaan pada 1.23 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota bomba ke lokasi kejadiaan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.22 petang.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

myMetro 8 Feb 2016


0 comments:

Post a Comment