February 22, 2016

Semua selamat, bot tak karam

Bot nelayan kelas A (kanan) yang dinaiki 19 orang yang dilaporkan hilang pada kedudukan 10 batu nautika dari Pulau Payar, Langkawi, malam tadi. Gambar dirakam sebelum mereka ke laut dan ditemui semula 2.30 petang tadi. FOTO ihsan APMM

Alor Setar: Lima belas kaki pancing yang dilaporkan hilang kira-kira 10 batu nautika di selatan Pulau Payar, Langkawi, malam tadi, ditemui selamat oleh bot nelayan kelas B, jam 2.30 petang tadi.

Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Kuala Kedah berkata, bot nelayan kelas A dinaiki mereka tidak karam dan ditemui pada kedudukan 18 batu nautika di barat dari lokasi asal bot dilaporkan hilang.

"Bot berkenaan dilaporkan hanyut akibat enjin rosak dan maklumat terkini diperoleh mendapati terdapat 19 orang di dalam bot termasuk dua kru," katanya.

Katanya, semua yang ditemui dipindahkan ke bot nelayan, manakala bot yang rosak ditunda ke APMM Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

"Bot dijangka tiba dalam tempoh empat jam lagi dan kita akan bersiap sedia menerima kesemua mangsa di sini dijangka 5.30 petang ini," katanya.

myMetro 21 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment