February 23, 2016

Satu maut, dua cedera ditimbus tanah

ANGGOTA Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan Polis

Petaling Jaya: Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas timbunan tanah yang digali untuk membuat pembetungan runtuh di Jalan PJU1a/7a, Ara Damansara di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa warga India, Mondal Majan, 40, maut akibat parah di kepala dan badan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila timbunan tanah yang digali untuk membuat pembentungan runtuh dan menimbus mangsa.

"Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa daripada runtuhan," katanya.

myMetro 23 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment