February 22, 2016

Samun awal pagi

WAJAH suspek berjaya dirakam dan viral di laman sosial ketika melakukan samun kedai serbaneka.

Bukit Beruntung: Keadaan sunyi pada waktu awal pagi diambil kesempatan dua lelaki untuk menyamun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, di sini.

Dalam kejadian jam 4.55 pagi semalam, suspek berusia 20-an dan bersenjatakan parang menjadikan wang tunai dan rokok sebagai sasaran utama.

Bagaimanapun, perbuatan suspek itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan sebelum gambar mereka tersebar melalui media sosial.

Suspek dilihat memakai topi keledar, malah wajah seorang dari mereka berjaya dirakam dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, suspek berpura-pura masuk ke dalam premis seperti pelanggan sebelum mengacukan parang ke arah salah seorang pekerja premis itu.

“Suspek kerap mengacukan parang kepada pekerja premis selepas memastikan tiada pelanggan lain di kedai berkenaan.

“Kerugian wang tunai belum dapat dipastikan lagi namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Suspek biasanya melarikan diri menaiki motosikal sejurus kejadian,” katanya.

myMetro 22 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment