February 8, 2016

Ribuan ikan mati akibat sungai tercemar

TIGA budak menunjukkan ikan yang ditemui mati di Kampung Rantau Panjang, Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR – Sikap tidak bertanggungjawab terutama pengusaha kilang yang membuang sisa industri ke dalam sungai menyebabkan kira-kira 70,000 benih ikan yang dilepaskan di Sungai Selangor pada tahun lalu mati.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, masalah berkenaan mula dikesan tiga hari lalu apabila ribuan bangkai ikan timbul di permukaan su­ngai dan buih putih kelihatan dipercayai terkena sisa amonia.

“Saya memandang serius isu ini kerana ia menyebabkan pencemaran sungai yang menjejaskan mata pencarian 38 nelayan darat di kampung ini.

“Selain itu, Sungai Selangor juga menjadi tumpuan pelancong untuk menangkap ikan dan udang tapi kini dikhuatiri terjejas teruk,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika ditemui selepas meninjau keadaan Sungai Sela­ngor di Kampung Rantau Panjang di sini semalam.

Kosmo 7 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment