February 19, 2016

Rentung rumah terbakar

CHE Fadziah Othman. FOTO Ihsan JBPM

Alor Setar: Seorang wanita ditemui rentung di tingkat atas rumahnya di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian 4 pagi, mayat mangsa, Che Fadziah Othman, 59, ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang tiba tidak lama kemudian.

Komander Operasi BBP Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba Mohd Helmi Abu Husin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.02 pagi dan tiba di lokasi jam 4.10 pagi.

Beliau berkata, seramai 23 anggota dan pegawai bersama tiga jentera serta sebuah jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati dua buah rumah sedang terbakar dan hasil pemeriksaan menemui mayat rentung.

"Anggaran kebakaran kedua-dua rumah adalah sebanyak 40 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 4.27 pagi dan operasi tamat jam 6.29 pagi," katanya.

myMetro 18 Februari 2016


Cucu sedih gagal selamat nenek

Anggota bomba menjalankan siasatan di bilik mayat Che Fadziah ditemui rentung dalam kebakaran di tingkat atas rumah teres dua tingkat di Taman Nuri, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Luluh hati seorang kanak-kanak perempuan apabila tidak terdaya untuk menyelamatkan nenek kesayangannya yang terperangkap di tingkat atas rumah teres dua tingkat di Taman Nuri di sini yang terbakar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, kanak-kanak tersebut, Yasmin Sarah Shahiran, 8, dan ibunya, Yusniza Yaakob, 38, yang mengalami masalah tekanan jiwa sempat menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, nenek Yasmin, Che Fadziah Othman (gambar kecil), 59, gagal berbuat demikian dan mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah.

Menurut Yasmin, semasa kejadian dia sedang tidur bersama neneknya di sebuah bilik manakala ibunya tidur di bilik berasingan.

“Saya terjaga apabila maktuk (nenek) jerit ada api yang datang dari arah bilik mama (ibu) sebelum mengarahkan saya dan mama turun ke bawah kerana dia mahu selamatkan rumah dengan cuba memadamkan api dengan air.

Kosmo 19 Feb 2106





0 comments:

Post a Comment