February 16, 2016

Remaja maut kereta terbabas dalam longkang

KEADAAN kenderaan yang terbabas ke dalam longkang. FOTO ihsan Bomba

Ipoh: Remaja maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan terperosok ke dalam longkang di Jalan Medan Ipoh 1 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.29 pagi itu, penumpang di tempat duduk belakang, VP Vinzen, 16, maut di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa berusia 19 dan 17 tahun serta pemandu berusia 21 tahun cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Bercham untuk bersarapan di Medan Ipoh, di sini ketika kejadian berlaku.

Katanya, setiba di lokasi kejadian kereta hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di kiri jalan berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Manakala tiga lagi dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut," katanya.

myMetro 14 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment